Tarikh : 18 Jun 2017 (Ahad)
Masa : 7.15 pagi (Sesi Pagi), 12.35 tengahari (Sesi Petang)
Tempat : Dewan Terbuka PIBG, SMK Skudai
Pihak SMK Skudai telah mengambil inisiatif mengadakan Majlis Pelancaran FrogPlay Championship 2017 peringkat sekolah bagi menyahut cabaran pertandingan FrogPlay Championship 2017 anjuran pihak Frogasia. Pertandingan peringkat Kebangsaan ini telah bermula pada 11 Jun dan akan tamat pada 11 Ogos 2017. 20 buah sekolah yang paling aktif menggunakan FrogPlay akan berpeluang untuk berebut tiga tempat teratas!
FrogPlay merupakan aplikasi ulangkaji dalam Frog VLE yang berkonsepkan gamifikasi. Ia baru diperkenalkan pada awal tahun ini, namun aplikasi ini dilihat sebagai tarikan utama kepada pelajar untuk menggunakan Frog VLE. Melalui FrogPlay, guru-guru dapat meningkatkan penglibatan pelajar menerusi kuiz yang interaktif dan memantau prestasi pelajar dengan serta-merta. Pelajar dapat membuat pembelajaran kendiri pada bila-bila masa dengan kuiz-kuiz dan permainan mini yang terdapat dalam FrogPlay.
Bagi meningkatkan penggunaan FrogPlay oleh pelajar SMK Skudai, pihak sekolah telah mengadakan tiga pertandingan sepanjang bulan Jun hingga Ogos, iaitu :
(a) Top 10 Pelajar Paling Aktif FrogPlay Bulanan (Jun, Julai dan Ogos)
(b) Top 3 Peserta Terbaik Permainan Mini FrogPlay
(i) Penalty Shootout
(ii) Quack Shot
(iii) Whack a Monkey
(iv) Kawanimal Shuffle
(v) Beat That Mini Monsters
(c) Peraduan “FrogPlay Gold Champion”
Diharapkan SMK Skudai dapat disenarai pendek antara 20 sekolah paling aktif menggunakan FrogPlay peringkat kebangsaan.
Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.