Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar SMK Skudai

IMG_20150724_114143

Pada 9 Julai 2015 yang lalu, satu Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar telah diadakan bertempat di Surau As-Syafiee, SMK SKUDAI. Majlis yang bermula pada pukul 5 petang ini telah dihadiri oleh para guru dan pelajar-pelajar SMK Skudai. Selain daripada Majlis Khatam Al-Quran, sumbangan turut disampaikan kepada para pelajar yang berkenaan. Selepas berbuka puasa, para guru dan pelajar telah Solat Isyak, Solat Hajat dan Solat Terawih berjemaah. Semoga program seumpama ini akan diteruskan lagi di masa hadapan.