Majlis Anugerah Program Imam Remaja Sekolah Menengah Peringkat Daerah 2016

Tarikh : 26 September 2016 (Isnin)
Masa : 12.00 tengahari – 5.00 petang
Tempat : Masjid Al-Jawaher, Mutiara Rini, Skudai

Program Imam Remaja Peringkat Daerah 2016

Saringan pertama Program Imam Remaja Sekolah Menengah Peringkat Daerah Johor Bahru 2016 telah diadakan pada 6 dan 7 September 2016, bertempat di Masjid Jamek Tan Sri Ainudin Wahid, Taman Universiti. Seramai empat orang pelajar SMK Skudai telah menyertai program tersebut, iaitu :

  1. Muhammad Syahmi Bin Zayanun 5TK1
  2. Aidil Asyraf Bin Julnizam 4SN1
  3. Muhammad Adham Bin Mohamad Apandi 1BST1
  4. Muhammad Irham Bin Wan Azelee 1BST2

Saudara Muhammad Syahmi dan saudara Aidil Asyraf telah memperoleh pangkat Mumtaz dan Maqbul dalam Majlis Anugerah Program Imam Remaja. Saudara Muhammad Syahmi akan mewakili daerah Johor Bahru ke peringkat negeri yang akan diadakan pada 3 hingga 5 Oktober bertempat di Masjid Sultan Ismail Lapangan Terbang Senai.

Program Imam Remaja Peringkat Daerah 2016

Program Imam Remaja Peringkat Daerah 2016

Tahniah kepada yang berjaya dan terima kasih kepada guru pembimbing, Ustazah Fazilah, Ustazah Rokiah dan Ustazah Noradila Maarof, di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberi. Semoga saudara Muhammad Syahmi akan memperoleh kejayaan di peringkat negeri. Sama-sama kita doakan.