Lawatan Nanyo High School (Jepun) ke SMK Skudai

Tarikh : 11 Jun 2018 (Isnin)
Masa : 11.00 pagi – 1.30 petang
Tempat : Dewan Terbuka PIBG, SMK Skudai
Sasaran : 269 pelajar dari Nanyo High School dan 12 orang guru

2018-06-11 Lawatan Nanyo High School Japan ke SMK Skudai

Warga SMK Skudai berasa sangat berbesar hati menerima kunjungan seramai 269 orang pelajar dan 12 orang guru pengiring ke sekolah kita pada 11 Jun lepas. Rombongan dari Nanyo High School, Jepun, bertolak dari tempat penginapan di Singapura dan tiba pada jam 11.00 pagi sempena dengan International Immersion Programme.

Rombongan telah dihiburkan dengan persembahan montaj, tarian Singa, dan Silambam. Pihak Nanyo High School pula membuat persembahan nyanyian lagu “Mirai E”. 

Kemudiannya, rombongan dibawa dalam kumpulan kecil oleh wakil-wakil pelajar SMK Skudai, untuk melawat lebih daripada 10 stesen yang telah disediakan. Melalui program ini, pelajar Jepun ini dapat lebih mengenali budaya kaum Melayu, Cina dan India, serta merasai sendiri pengalaman menimbang sepak takraw, bermain batu seremban, bermain congkak, menulis kaligrafi Cina, menganyam ketupat, melukis batik, membuat kolam kaum India dan banyak lagi.

Semoga program ini dapat mengeratkan hubungan antara SMK Skudai dan Nanyo High School.

Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.