Lawatan Hillgrove Secondary School (Singapura) ke SMK Skudai

Tarikh : 10 Mac 2016 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka PIBG, SMK Skudai
Sasaran : 110 pelajar dari Hillgrove Secondary School dan 10 orang guru

Lawatan Hillgrove Secondary School

Warga SMK Skudai berasa sangat berbesar hati menerima kunjungan seramai 110 orang pelajar dan 10 orang guru pengiring ke sekolah kita pada pagi semalam. Rombongan dari Hillgrove Secondary School, Singapura tiba pada jam 10.30 pagi sempena dengan International Immersion Programme.

Rombongan telah dihiburkan dengan persembahan Silat, Tarian Singa, Bicara Berirama dan persembahan montaj. Kemudiannya, mereka dibawa melawat Makmal Kimia, Bengkel Kerja Kayu, Makmal Komputer 2 dan Bilik Darjah 3SPE1/1PM1.

Lawatan Hillgrove Secondary School

Semoga program ini dapat mengeratkan hubungan antara SMK Skudai dan Hillgrove Secondary School.

Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.