Latihan Kebakaran Fasa 1 Tahun 2016

Tarikh : 12 Oktober 2016 (Rabu)
Masa : 3.50 – 4.50 petang
Tempat : Padang sekolah dan Gelanggang Bola Keranjang, SMK Skudai
Jentera Bomba : 1 unit

Latihan Kebakaran Fasa 1 2016

Pada petang Rabu, tepat jam 3.50 petang, satu latihan kebakaran melibatkan pelajar sesi petang seramai lebih 600 orang, dan satu pasukan bomba Taman Universiti.

Loceng telah dibunyikan tepat jam 4.00 petang. Pengungsian bangunan dan demonstrasi memadam kebakaran telah dilakukan oleh anggota bomba. Masa dicatatkan ialah 4 minit 20 saat jauh melebihi masa sasaran iaitu 2 minit 30 saat. Taklimat telah disampaikan oleh En. Kesavan iaitu pengawai bomba Taman Universiti. Sebagai penutup kepada latihan kebakaran, pihak bomba telah membuat satu demonstrasi bomba yang telah menukar padang sekolah menjadi “Taman Mini Tema Air”. Di samping itu, memberi peluang kepada guru dan pelajar merasai pengalaman menaiki jentera bomba.

Secara keseluruhannya, latihan kebakaran telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Tahniah buat semua pelajar dan guru yang terlibat.

Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.