Goh Kuan Jiunn (2BST2) telah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Ping Pong Perseorangan MSSD bawah 15 tahun Lelaki. Pertandingan telah berlangsung di BL Sports Centre Plentong pada 14 Mac 2015.
Manakala Leong Jasmine (1PM1) muncul JOHAN dalam kategori bawah 15 tahun Perempuan dalam Pertandingan Ping Pong Perseorangan peringkat daerah anjuran badan swasta.
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta dan juga guru-guru Penasihat Kelab Ping Pong SMK Skudai.