Kempen Layari VLE FROG SMK Skudai 30 Minit Seminggu

Unit ICT SMK Skudai dengan kerjasama Kelab Komputer SMK Skudai dengan sukacitanya melancarkan Kempen Layari VLE Frog SMK Skudai 30 Minit Seminggu.

Kempen Log Masuk VLE FROG SMK Skudai 30 minit seminggu

Tujuan kempen ini adalah untuk menggalakkan para pelajar SMK Skudai untuk menggunakan laman pembelajaran maya. Kempen ini akan membuka tirai pada 6 Mac 2016 dan berakhir pada 2 April 2016, di mana pelajar dikehendaki untuk melayari VLE FROG SMK Skudai (http://jea1006.1bestarinet.net) sekurangnya selama 30 minit seminggu.

Pelajar yang berjaya melepasi tempoh 30 minit seminggu selama 4 minggu berturut-turut sepanjang bulan Mac ini akan menerima hadiah misteri!

Kiraan minggu adalah seperti berikut :

  1. Minggu 1 : 6 – 12 Mac 2016
  2. Minggu 2 : 13 – 19 Mac 2016
  3. Minggu 3 : 20 – 26 Mac 2016
  4. Minggu 4 : 27 Mac – 2 April 2016

Ayuh, mari kita bersama-sama melayari VLE FROG SMK Skudai!