Kem Kepimpinan Pelajar Daerah JB – Saringan Akhir bagi Calon DSLB 2016

Tarikh : 19 hingga 21 Julai 2016 (Selasa hingga Khamis)
Tempat : Pusat Kokurikulum Kem Tasek Utara, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Kem Kepimpinan DSLB Saringan Akhir

Seramai 15 orang ahli Student Leader Board (SLB) SMK Skudai telah menyertai saringan akhir Kem Kepimpinan SLB Daerah Johor Bahru, untuk pemilihan ke peringkat negeri.

Pelajar terpilih DSLB

Dalam saringan akhir, seramai 6 orang ahli SLB sekolah kita telah berjaya dilantik sebagai DSLB (District Student Leader Board), di mana mereka akan mewakili Daerah Johor Bahru ke peringkat negeri untuk merebut jawatan JSLC (Johor Student Leader Council).

Pelajar dilantik sebagai DSLB

  1. Koh Jia Yee 4SN1
  2. Visvamalar a/p Vijayakumaran 4SN2
  3. Thillaiventhan a/l Poovathy 3PM2
  4. Shujitha Surash 3PM3
  5. Saumya a/p Kumar 3PM4
  6. Goh See Min 3PM3

Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru penasihat SLB Pn Noriza dan Pn Sasikala di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi.

Semoga pelajar kita berjaya dalam pemilihan JSLC!