Kejohanan Balapan dan Padang MSSJ Tahun 2017

Tarikh : 27 hingga 31 Mac 2017 (Isnin hingga Jumaat)
Tempat : Kompleks Sukan UTHM, Batu Pahat

Kejohanan Olahraga MSSJ 2017 - Olahragawan Kejohanan MSSJ 2017

Peserta SMK Skudai, Visaagan A/L Krishnan dari tingkatan 5P2, telah mewakili kontinjen MSSD JB ke Kejohanan Balapan dan Padang MSSJ 2017 yang telah berlangsung di Kompleks Sukan UTHM dari 27 hingga 31 Mac 2017. 

Dalam kejohanan ini, Visaagan telah menyumbang tiga emas dan satu perak kepada kontinjen MSSD JB. Lebih manis, beliau telah mencipta rekod baru untuk acara 3000 M berhalangan (Kategori L18). Ekoran kejayaan memberangsangkan ini, beliau telah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Kategori L18 dan muncul Olahragawan Kejohanan MSSJ 2017

Acara yang dimenangi :

  1. 800 M L18 – Emas
  2. 1500 M L18 – Perak
  3. 3000 M Berhalangan L18 – Emas (RB)
  4. 4 x 400 M L18 – Emas

Kejohanan Olahraga MSSJ 2017 - Olahragawan Kejohanan MSSJ 2017

Tahniah diucapkan kepada Visaagan dan pasukan olahraga SMK Skudai!