Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 bagi Sesi Persekolahan 2018 telah berjalan dengan jayanya pada 31 Disember 2017 (Ahad). Seramai 250 orang pelajar baharu telah mendaftar di SMK Skudai.
Terima kasih diucapkan di atas kehadiran para ibu bapa/penjaga dan ucapan selamat datang kepada warga baharu SMK Skudai!
Pada tahun ini, buat julung-julung kalinya, sistem pengisian maklumat pelajar baharu secara atas talian diguna pakai dan rata-rata ibubapa / penjaga menyambut baik dan memberi respons positif terhadap penggunaan sistem atas talian ini.
Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.