Hari Bincang Anak Kita Tingkatan 5

Hari Bincang Anak Kita Ting 5 ( Kumpulan Dedikasi ) telah diadakan pada 26/4/2015, iaitu pada hari Ahad yang lepas.

Hari Bincang Anak Kita Ting 5 03

Tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir untuk perbincangan bersama . Ibu bapa telah diberi penjelasan tentang pencapaian anak dan sasaran SPM SMK Skudai bersama PK Pentadbiran En Mustafa Kamal bin MD Yusof di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina . Ibu bapa juga diberi petua untuk membantu anak -anak menetapkan matlamat kerjaya dan belajar bersungguh-sungguh.

Semoga pihak ibu bapa dan sekolah dapat berganding bahu untuk membantu pelajar-pelajar SMK Skudai memperolehi keputusan yang cemerlang untuk SPM tahun ini.