Author: admin

Pelajar SMK Skudai mendapat tempat ke-3 L18 dan tempat ke-2 P18 dalam Kejohanan Badminton MSSD JB

06
Nursyaidatina (berdiri dua dari kiri) manakala Richie Ting (berdiri dua dari kanan). Tahniah di atas pencapaian cemerlang anda berdua.

Tahniah kepada Richie Ting Wei Jing dari tingkatan 5EA1 dan Nursyaidatina Farahin binti Anuar (5TK1) kerana masing-masing telah memenangi tempat ketiga kategori L18 dan tempat kedua kategori P18 dalam Kejohanan Badminton MSSD JB yang berlangsung di Daiman Sport Centre Sri Skudai, Taman Sri Skudai pada 27 hingga 29 Januari 2015. Terima kasih kerana telah mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan permainan.

Tahniah kepada En. Mohd Naim Haikal selaku ketua guru penasihat dan juga semua guru penasihat Kelab Badminton di atas jasa dan bimbingan anda kepada para pelajar.

Pemberitahuan : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31 dan Majlis AkuJanji Kecemerlangan SPM 2015

Kepada,

Ibu Bapa dan Penjaga (Ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru)

SMK Skudai,

Pihak jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Skudai, akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-31 dan Majlis AkuJanji Kecemerlangan SPM Tahun 2015 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 14 Februari 2015 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Ar-Razi, SMK Skudai

Mesyuarat Agung PIBG 2015 cover

Pemberitahuan : Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436H

Maulidur Rasul 2015

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436H peringkat sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut :

  • Tarikh : 7 Februari 2015 (Sabtu)
  • Masa : 8.00 pagi
  • Tempat : Dewan Ar-razi, SMK Skudai

Pihak sekolah amat berbesar hati untuk menjemput para pelajar beragama Islam untuk bersama-sama memeriahkan majlis sambutan.

Selamat Menyambut Hari Thaipusam

PLUSMiles Web Banner Maulidur Rasul

Selamat menyambut Hari Thaipusam kepada semua warga SMK Skudai yang beragama Hindu. Semoga perayaan ini dapat disambut dengan penuh makna.

JADUAL AKTIVITI 1 MURID 1 SUKAN & AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUN 2015 (Berkuatkuasa 1 Februari 2015)

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa terdapat perubahan pada Jadual Aktiviti 1 Murid 1 Sukan dan Aktiviti Kokurikulum 2015. Berikut merupakan jadual yang baru. Diharapkan setiap pelajar maklum akan perubahan ini. Jadual ini berkuatkuasa pada 1 Februari 2015.

Jadual Kokurikulum 2015

Aktiviti 1 Murid 1 Sukan DITANGGUHKAN SEHINGGA TARIKH 16.4.2015. Namun bagi pertandingan peringkat daerah yang akan dijalankan dalam masa terdekat, guru penasihat boleh memilih pelajar yang mewakili sekolah sahaja. Pelajar lain tetap meneruskan latihan rumah sukan.

JADUAL AKTIVITI 1 MURID 1 SUKAN & AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUN 2015

Sila rujuk jadual yang baru, berkuatkuasa 1 Februari 2015.

Aktiviti Kokurikulum 2015

Dimaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum Tahun 2015 akan bermula pada 25 Januari 2015 seperti ketetapan berikut:

HARIMASALATIHAN RUMAH SUKAN / UNIT BERUNIFORM / KELAB / PERSATUAN / PERMAINAN
AHADSESI PETANG :
8.00 - 9,30 PAGI

SESI PAGI :
3.00 - 5.00 PETANG
NEPTUNEPENTANQUE
SEPAK TAKRAW
BOLA BALING
ISNINSESI PETANG :
8.00 - 9,30 PAGI

SESI PAGI :
3.00 - 5.00 PETANG
ZUHALBOLA SEPAK
SENAMROBIK
BOLA TAMPAR
CATUR
SELASASESI PETANG :
8.00 - 9,30 PAGI

SESI PAGI :
3.00 - 5.00 PETANG
MARIKHPING PONG
OLAHRAGA
BOLA KERANJANG
RABUSESI PETANG :
8.00 - 9,30 PAGI

SESI PAGI :
3.00 - 5.00 PETANG
PERJUMPAAN KOKURIKULUM
KUMPULAN 1 : UNIT BERUNIFORM

KUMPULAN 2 : PERSATUAN AKADEMIK (KO-AKADEMIK)

KUMPULAN 3 : KELAB
KHAMISSESI PETANG :
8.00 - 9,30 PAGI

SESI PAGI :
3.00 - 5.00 PETANG
BUMIBADMINTON
SOFBOL
BOLA JARING
FUTSAL

Pakaian : Pakaian seragam lengkap untuk perjumpaan unit beruniform, manakala Pakaian sukan untuk Kelab dan Persatuan / Sukan Permainan.

Semua pelajar SMK Skudai dikehendaki hadir pada hari dan masa seperti maklumat di atas. Sekiranya ada perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Ibu bapa/penjaga diminta untuk memastikan keselamatan waktu datang dan balik anak- anak yang menghadiri aktiviti tersebut.

PEMBERITAHUAN : MESYUARAT / PENDAFTARAN UNIT KOKURIKULUM SMK SKUDAI 2015

Pendaftaran-Koko

Dimaklumkan bahawa semua pelajar SMK Skudai wajib menghadiri mesyuarat unit kokurikulum sebagaimana butiran berikut :

  • Tarikh : 24 Januari 2015 (Sabtu)
  • Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
  • Tempat : SMK Skudai

Tentatif mesyuarat adalah seperti berikut :

  1. 7.30 – 8.00 pagi : Taklimat oleh PK Kokurikulum di Padang Sekolah
  2. 8.00 – 9.00 pagi : Mesyuarat Rumah Sukan
  3. 9.00 – 10.00 pagi : Mesyuarat Unit Beruniform
  4. 10.00 – 10.30 pagi : Rehat
  5. 10.30 – 11.30 pagi : Mesyuarat Kelab / Persatuan
  6. 11.30 – 12.30 tengahari : Mesyuarat Sukan & Permainan

Sehubungan dengan itu, para pelajar diwajibkan hadir dan memakai pakaian kokurikulum yang lengkap dan hadir mengikut masa yang ditetapkan untuk melicinkan perjalanan program.

Pemberitahuan : BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM 100 Tahun 2015

Bantuan Persekolahan RM100

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM 100 bagi sesi persekolahan tahun 2015 kepada murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 akan diagihkan mengikut ketetapan berikut.

Khamis (8/1/2015) – Tingkatan 3, 4 dan 5
Jummaat (9/1/2015) – Tingkatan 1 dan 2

Masa : 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Ar-Razi, SMK Skudai

Bantuan akan diserahkan kepada pelajar, diminta pelajar supaya membawa kad pengenalan masing-masing.