Author: admin

SMK Skudai meraih dua Anugerah Sekolah Cemerlang SPM 2014

SMK Skudai telah menerima dua anugerah daripada Jabatan Pendidikan Negeri di atas kejayaan yang diperoleh dalam SPM 2014.

Anugerah SPM 2014 01 Anugerah SPM 2014 02

Berikut merupakan anugerah yang diraih oleh pihak sekolah.

1. Anugerah Sekolah Cemerlang Sekolah Harian Gred Purata Sekolah (GPS) Terbaik (Bilangan Calon > 401 orang).
2. Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Cemerlang Anjakan Saujana.

Semoga SMK Skudai terus cemerlang.

Keputusan SPM 2014

Keputusan SPM 2014 telah diumumkan pada 3 Mac yang lepas. Daripada 441 orang calon yang menduduki peperiksaan SPM, seramai 30 orang calon telah mencapai keputusan yang cemerlang dengan memperoleh A bagi semua mata pelajaran yang diambil.

Keputusan SPM 2014

Senarai Pelajar Cemerlang SPM 2014 (Straight A)

BilNama Keputusan
1Choo Jia Le8 A+ 2A
2Yau Zi Yi7A+ 3A
3Eng Jia Hwee7A+ 2A 1A-
4Lee De Min7A+ 1A 1A-
5Ng Jing Yi6A+ 4A
6Shamni a/p Karthegesu6A+ 3A
7Ng Jia Xin5A+ 5A
8Ng Lyn Min5A+ 5A
9Siew Jia Yi5A+ 3A 2A-
10Lai Jia Min5A+ 3A 2A-
11Tan Woan Chee5A+ 2A 3A-
12Chang Kai Xin4A+ 5A 1A-
13Wong Woei Chen4A+ 4A 2A-
14Brandon Lee Han Wei4A+ 4A 2A-
15Choo Wai Kit4A+ 2A 4A-
16Siti Fatimah binti Mohd Anuar4A+ 2A 3A-
17Eva Allen Casyanna4A+ 2A 3A-
18Chong Wei Li3A+ 6A 1A-
19Leong Mei Wei3A+ 5A 3A-
20Toon Say Peng3A+ 5A 2A-
21Mohamad Yafik Ihtisyam bin Yazid3A+ 5A 1A-
22Nurul Syamimi binti Mohd Khalid3A+ 4A 3A-
23Nurhafiza binti Zunaidi3A+ 3A 3A-
24Priyangka a/p John Jayaraj3A+ 3A 3A-
25Pong Qui Wu3A+ 2A 4A-
26Ong Hong Yi2A+ 5A 3A-
27Lee Wei Qi2A+ 4A 3A-
28Ain Firdani binti Mohd Nizam2A+ 4A 3A-
29Dhaarshini a/p Ravi1A+ 7A 2A-
30Divya a/p Gopal Mohan7A 3A-

Tahniah kepada semua calon yang berjaya. Semoga SMK Skudai terus cemerlang.

Lagi gambar di Facebook rasmi SMK Skudai.

SMK Skudai tempat ke-3 Pertandingan Bahas ala Parlimen peringkat daerah JB

SMK Skudai telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan bahas Bahasa Melayu ala Parlimen Sekolah Menengah peringkat daerah Johor Bahru tahun 2015.

Bahas SMK Skudai 2015

Sekolah kita telah menjadi tuan rumah pertandingan. Pertandingan telah berlangsung pada 28 Februari 2015, 7.30 – 4.30 petang.

Tahniah kepada pasukan bahas sekolah kita.

Pemberitahuan : Sukantara SMK Skudai 2015 (2 – 5 Mac 2015)

Sukantara 2015

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Sukantara SMK Skudai 2015 akan diadakan mengikut ketetapan berikut.

2 Mac 2015 (Isnin) – Rumah Marikh
3 Mac 2015 (Selasa) – Rumah Bumi
4 Mac 2015 (Rabu) – Rumah Zuhal
5 Mac 2015 (Khamis) – Rumah Neptune

Sesi Petang : 8.00 – 10.00 pagi, Sesi Pagi : 3.00 – 5.00 petang
Pakaian : Pakaian rumah sukan masing-masing
Acara : 100 m, Lompat Jauh, Lontar Peluru

Dilampirkan kelayakan sukantara untuk rujukan para pelajar.

IMG

Diharapkan pelajar dapat hadir dan berusaha keras untuk menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing.

Pemberitahuan : Cuti Sempena Tahun Baru Cina

Happy-Chinese-New-Year-2015-Images-4

Cuti bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina akan bermula pada 18 Februari 2015 (Rabu) sehingga 23 Februari 2015 (Isnin). Sekolah akan dibuka semula pada 24 Februari 2015 (Selasa). Harap maklum.

Mengambil kesempatan ini, pihak SMK Skudai ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua warga sekolah yang berbangsa Cina. Semoga perayaan ini disambut dengan meriah di samping keluarga.