Author: admin

Keputusan Pertandingan Ping Pong Perseorangan MSSD Johor Bahru 2015 – Ketiga L15

Goh Kuan Jiunn (2BST2) telah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Ping Pong Perseorangan MSSD bawah 15 tahun Lelaki. Pertandingan telah berlangsung di BL Sports Centre Plentong pada 14 Mac 2015.

Ping Pong MSSD 2015 L15 Ketiga

Manakala Leong Jasmine (1PM1) muncul JOHAN dalam kategori bawah 15 tahun Perempuan dalam Pertandingan Ping Pong Perseorangan peringkat daerah anjuran badan swasta.

Ping Pong MSSD 2015 P15 Johan

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta dan juga guru-guru Penasihat Kelab Ping Pong SMK Skudai.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014

Tahniah diucapkan kepada para guru dan staf yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014. Semoga para penerima anugerah dapat meneruskan mutu kerja cemerlang.

APC2014

Senarai Penerima APC 2014

  1. En. Kamarusalihin bin Nordin
  2. En. Mohd Ramu bin Mat Ripin
  3. Pn. Nor Asikin binti Abdullah
  4. Pn. Subahsini Devi a/p Sanmugam
  5. Pn. Husnil Amaly binti Mohd Rejab
  6. Pn. Suraya binti Hasan
  7. Pn. Hjh. Zawiah binti Ghazali
  8. Pn. Lua Geok Chiau
  9. Pn. Norisah binti Kasim
  10. Pn. Juliana binti Salamat (Staf)

Sampaikan Ucapan Hari Guru 2015 kepada guru kesayangan anda #Dedicated2Cikgu

Kepada para pelajar dan juga bekas pelajar SMK Skudai,

Pihak INTI telah menyediakan satu laman di internet yang membolehkan anda untuk menghantarkan Ucapan Hari Guru #Dedicated2Cikgu kepada guru kesayangan anda bersempena dengan sambutan Hari Guru pada tahun ini.

Dedicated2Cikgu2015

Para pelajar yang ingin menulis ucapan Hari Guru boleh membuat demikian di laman sesawang ini : http://newinti.edu.my/dedicated2cikgu/. Tarikh tutup pada 2 Mei 2015. Sekian, harap maklum!

SMK Skudai meraih tempat ke-2 dalam Pertandingan Catur P15 MSSD Johor Bahru 2015

Tahniah diucapkan kepada pasukan catur sekolah kita di atas kejayaan meraih tempat ke-2 dalam Pertandingan Catur kategori P15 peringat MSSD Johor Bahru 2015. Pertandingan diadakan di SMK (P) Sultan Ibrahim pada 24 Mac 2015.

Pertandingan Catur P15 MSSD JB 2015 02

Salah seorang peserta kita iaitu Ng Man Le dari tingkatan 3PM1 (dalam gambar : pertama dari kanan) telah disenaraikan sebagai 10 peserta terbaik. Tahniah diucapkan!

Pencapaian SMK Skudai dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSD JB 2015

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Johor Bahru 2015 telah berlangsung bermula 8 Mac 2015 dan akan berakhir pada 12 Mac 2015. Berikut merupakan pencapaian SMK Skudai setakat 11 Mac.

Acara Jalan Kaki 5km MSSD JB

Acara Jalan Kaki 5 km
(a) Kategori Perempuan 18
Tempat ketiga – Bavahni ap Subramaniam 4SN2.
(b) Kategori Lelaki 15
Tempat ke-5 – Kishen Raj 2BST2
Tempat ke-6 – Aiman 2BST1

Acara Jalan Kaki P15

Acara Jalan Kaki 2km
Kategori Perempuan 15
Tempat ke-4 – Kasturi 2PM2

Acara Larian Berhalangan 2000m
Kategori Lelaki 15
Emas – Visaagan a/l Krishnan 3EK1

Acara Larian 1500m L15

Acara Larian 1500m
Kategori Lelaki 15
Emas – Visaagan a/l Krishnan 3EK1

Lagi gambar di Facebook rasmi SMK Skudai.