Author: admin

Pemberitahuan : Karnival VLE Frog SMK Skudai Tahun 2018

Karnival VLE Frog SMK Skudai 2018

Tarikh : 11 April 2018 (Rabu)
Masa : 11.00 hingga 3.00 pm
Tempat : Dewan Terbuka PIBG, SMK Skudai

Jom pelajar SMK Skudai, mari ramai-ramai memeriahkan program Karnival VLE Frog yang akan diadakan buat julung-julung kalinya.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk disertai dan yang penting ada hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi. 

*Karnival dibuka kepada pelajar yang membawa Kad ID Yes sahaja.

Kursus Kepimpinan AJK Tertinggi Unit Kokurikulum Tahun 2018

Tarikh : 31 Mac 2018 (Sabtu)
Masa : 7.30 petang – 1.30 petang
Tempat : SMK Skudai
Sasaran : 100 orang pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, dan naib pengerusi unit kokurikulum
Jurulatih : Cik Chu Siew Fong (Kauselor SMK Skudai)
Fasilitator : Sunway College JB

Kursus Kepimpinan AJK Tertinggi Unit Kokurikulum 2018

Objektif : Supaya semua pemimpin pelajar dapat menjalankan tugas merancang, melaksana dan menilai aktiviti kokurikulum unit masing-masing.

Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.

Peragaan ‘Karakter Murid Johor (KrMJ)’ Sempena Bengkel Amalan Kepimpinan PAK21 Model 3.0

Tarikh : 2 April 2018 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi hingga 6.30 petang
Tempat : Hotel Katerina, Batu Pahat

Peragaan KrMJ SMK Skudai Sempena Bengkel Amalan Kepimpinan PAK21 Model 3.0

Sama-sama saksikan video Peragaan ‘Karakter Murid Johor (KrMJ)’ oleh pelajar-pelajar SMK Skudai di hadapan 150 pengetua dan guru besar Sekolah PAK21.

Tahniah kepada guru pembimbing, En. Mohd Azli Bin Md Ali dan Pn. Norly Sairah Bt Zainal, serta para pelajar SMK Skudai yang terlibat.

Pemberitahuan : Latihan Masa Cuti Pertengahan Penggal 1 Tahun 2018

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyediakan latihan masa cuti bagi Cuti Pertengahan Penggal 1 Tahun 2018 di VLE FROG SMK Skudai (https://jea1006.1bestarinet.net).

Latihan Masa Cuti Mac 2018

Cuti Pertengahan Penggal 1 Tahun 2018 bermula pada 16 Mac 2018 (Jumaat) hingga 25 Mac 2018 (Ahad). Sekolah akan dibuka semula pada 26 Mac 2018 (Isnin).

Panduan untuk memuat turun Latihan Masa Cuti dari VLE FROG SMK Skudai

Langkah 1 :
Log masuk https://jea1006.1bestarinet.net. Masukkan ID Yes dan kata laluan anda.

Latihan Masa Cuti Mac 2018

Langkah 2 :
Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar, sila tekan butang yang ketiga pada dashboard switcher untuk mendapat paparan Laman Latihan Masa Cuti.

Latihan Masa Cuti Mac 2018

Langkah 3 :
Setelah anda telah berjaya mendapat paparan Laman Latihan Masa Cuti, pilih Tingkatan anda.

Latihan Masa Cuti Mac 2018

Langkah 4 :
Muat turun latihan bagi mata pelajaran yang anda pelajari dengan menekan pada setiap nama fail.
Pelajar perlu mencetak latihan masa cuti dan menjawab semua soalan yang diberi.

Latihan Masa Cuti Mac 2018

Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan masa cuti selama satu minggu ini dengan membuat ulangkaji pelajaran dan menyiapkan latihan masa cuti yang diberi oleh guru mata pelajaran.

Semoga pelajar senantiasa berada dalam keadaaan yang sihat sepanjang cuti sekolah.  Ibubapa dan penjaga pula diharapkan dapat meluangkan lebih masa bersama anak-anak. 

Keputusan STPM Tahun 2017

Tarikh : 6 Mac 2018 (Selasa)
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Ibnu Sina, SMK Skudai

2018-03-06 Keputusan STPM 2017 SMK Skudai

SMK Skudai telah memperoleh peratusan lulus penuh 100% dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2017, dengan catatan GPS sebanyak 2.71. Tahniah kepada kesemua 65 orang calon STPM 2017 kerana berjaya lulus dalam peperiksaan ini!

Pelajar Cemerlang STPM 2017

Seramai 8 calon mencapai keputusan cemerlang dengan catatan PNGK 3.50 ke atas, di mana Low Eng Key muncul satu-satunya calon SMK Skudai yang mendapat PNGK 4.00 untuk STPM 2017. Manakala 16 lagi calon mendapat PNGK antara 3.00 hingga 3.49.

Bilangan Calon mendapat Prinsipal

  • 4P : 47 orang
  • 3P : 12 orang
  • 2P : 2 orang
  • 1P : 4 orang

Analisis Pencapaian STPM Tahun 2017

Mata Pelajaran2017
% LulusGPMP
Pengajian Am96.922.95
Bahasa Melayu93.852.89
Ekonomi 94.442.95
Sejarah89.662.63
Pengajian Perniagaan73.852.16

Senarai Pelajar Cemerlang STPM 2017

BilNamaKeputusan
1LOW ENG KEY4A (4.00)
2NURAZKA AFIFAH BINTI NORHAIRUL3A, 1A- (3.92)
3TEY HUI YI2A, 2A- (3.84)
4LIM MOON JUN3A, 1B+ (3.83)
5SITI NOOR AZREENA BINTI ABDUL RASHID2A, 1A-, 1B+ (3.75)
6FATIN NAZURAH BINTI MOHD NOH2A, 1A-, 1B+ (3.75)
7AQILA SYAFA BINTI HAMIDON2A, 1A-, 1B (3.67)
8SREE SUBAS A/L SREERAMULU1A, 1A-, 2B+ (3.58)

Tahniah kepada semua calon yang berjaya. Kepada mereka yang kurang berjaya, jangan berputus asa. 🙂

Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.

Pemberitahuan : Tarikh-tarikh Penting Aktiviti Sukan Tahun 2018

Tarikh Aktiviti Sukan 2018

1. Sukantara

Tarikh : 12 Mac 2018 (Isnin) – Neptune dan Bumi, 13 Mac 2018 (Selasa) – Zuhal dan Marikh

Masa : 8.00 – 10.00 pagi (Sesi Petang), 3.00 – 5.00 petang (Sesi Pagi)

Acara : Larian 100 m , Lontar Peluru

Kelayakan Sukantara 2018

BilAcaraKategoriMasa / JarakMata
1100 MP13 & 1519S1
2100 ML13 & 1517S1
3100 MP1818S1
4100 ML1815S1
5Lontar PeluruP13 & 153.0 M1
6Lontar PeluruL13 & 154.0 M1
7Lontar PeluruP184.0 M1
8Lontar PeluruL185.0 M1

2. Acara Sebelum Sukan

Tarikh : 14, 15 & 26 Mac 2018 (Rabu, Khamis dan Isnin)

Masa : 8.00 pagi (Sesi Petang), 3.30 petang (Sesi Pagi)

3. Raptai Hari Sukan

Tarikh : 27 dan 28 Mac 2018 (Selasa dan Rabu)

Masa : 7.45 pagi

4. Kejohanan Olahraga kali ke-31

Tarikh : 29 Mac 2018 (Khamis)

Masa : 8.00 pagi

*Pelajar/peserta dikehendaki untuk memakai pakaian rumah sukan masing-masing.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2018

Selamat Tahun Baru Cina 2018

Selamat Tahun Baru Cina 2018 diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang berbangsa Cina. Selamat bercuti kepada semua warga sekolah. Pastikan keselamatan semasa bercuti. GONG XI FA CAI.

Pemberitahuan : Cuti Sempena Tahun Baru Cina 2018

Selamat Tahun Baru Cina 2018Cuti bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina 2018 akan bermula pada 15 Februari 2018 (Khamis) sehingga 20 Februari 2018 (Selasa). Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 21 Februari 2018 (Rabu).

Sekian, harap maklum.