Kepada Ibu Bapa / Penjaga Murid,
Adalah dimaklumkan bahawa mulai 20 Mei 2018 (Ahad) sehingga 7 Jun 2018 (Khamis), akan berlaku perubahan Jadual Waktu Persekolahan sempena Bulan Ramadhan. Bersama-sama ini disertakan jadual waktu persekolahan untuk rujukan tuan/puan.
Jadual waktu persekolahan akan diadakan seperti biasa apabila berakhirnya bulan Ramadhan.
Sehubungan itu, pihak kami ingin memaklumkan tuan/puan agar dapat menguruskan pengangkutan anak tuan/puan untuk pergi dan balik sekolah sepanjang bulan Ramadhan. Sekian, terima kasih.