Month: January 2018

Mesyuarat Agung Kokurikulum Tahun 2018

Tarikh : 10 Januari 2018 (Rabu)

2018-01-10 Mesyuarat Agung Kokurikulum 2018

Pada tahun ini, buat julung-julung kalinya, pelajar membuat pendaftaran kokurikulum secara atas talian. Pendaftaran berlangsung selama 4 hari, iaitu dari 5 hingga 8 Januari 2018. Seramai 1335 pelajar (89.66%) telah berjaya melakukan pendaftaran.

Status Pendaftaran Kokurikulum 2018

Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.

Selamat Menyambut Hari Thaipusam 2018

Selamat Menyambut Hari Thaipusam 2018

Selamat menyambut Hari Thaipusam diucapkan kepada semua warga SMK Skudai yang beragama Hindu. Semoga perayaan pada tahun ini dapat disambut dengan penuh makna.

Majlis Pelancaran Program Jom ke Sekolah Tahun 2018

Tarikh : 7 Januari 2018 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi (Sesi Pagi), 1.10 petang (Sesi Petang)
Tempat : Dewan Terbuka PIBG, SMK Skudai

2018-01-07 Program Jom ke Sekolah 2018

Objektif Program 

  • Menggalakkan pelajar hadir ke sekolah.
  • Mengelakkan berlakunya gejala negatif.
  • Menyemai sikap menghargai masa dalam kalangan pelajar.
  • Meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
  • Mencapai ETR kehadiran sekolah (95%)

Aktiviti Program Peningkatan Kehadiran

  • Program Pengesanan Pelajar Ponteng Harian.
  • Anugerah Kehadiran Fasa 1 – Fasa 3.
  • Perjumpaan bersam pentadbir.
  • Ceramah Basmi Ponteng.
  • Program Mentor Mentee.
  • Kaunseling berfokus kumpulan ponteng.
  • Kursus Jati Diri.
  • Traffic Light Data Kehadiran.
  • Lawatan sambil belajar.

Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.

Program Orientasi Tingkatan 1 Tahun 2018

Tarikh : 1 hingga 3 Januari 2018 (Isnin hingga Rabu), 4 Januari 2018 (Khamis)
Masa : 1.10 – 6.45 petang, 1.10 – 2.15 petang
Tempat : Dewan Terbuka PIBG, SMK Skudai

Majlis Penutup Program Orientasi telah diadakan pada 4 Januari 2018, jam 1.10 hingga 2.15 petang. Pengetua SMK Skudai, Encik Razali Bin Tamadi telah merasmikan majlis penutup. 

2018-01-01 hingga 2018-01-04 Program Orientasi Tingkatan 1 2018

Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.