Month: December 2017

Pemberitahuan : Sesi Persekolahan Tahun 2018 bermula pada 1 Januari

Sesi persekolahan bagi tahun 2018 akan bermula pada 1 Januari 2018 (Isnin). Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga SMK Skudai.

Selamat Kembali Ke Sekolah 2018

Diharapkan pelajar dapat memulakan sesi persekolahan dengan azam dan semangat baharu untuk belajar bersungguh-sungguh.

Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 : 1 hingga 4 Januari 2018.

Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 : 1 hingga 2 Januari 2018.

Manakala bagi pelajar Tingkatan 2, 3 dan 5, sesi pengajaran dan pembelajaran bermula 1 Januari 2018. Sila bawa buku teks dan buku-buku yang berkenaan mengikut jadual waktu kelas masing-masing. Pelajar Tingkatan 2 akan mendapat buku teks pada hari pertama persekolahan.

Panduan menyemak Kelas 2018 (Tingkatan 2, 3 dan 5) di VLE FROG SMK Skudai

Panduan Menyemak Kelas 2018
1. Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar (http://jea1006.1bestarinet.net), klik pada HEM pada menu utama.
2. Pilih Tingkatan anda sama ada Tingkatan 2, 3 atau 5 untuk menyemak kelas anda.

Panduan menyemak Jadual Kelas 2018 (Tingkatan 2, 3 dan 5) di VLE FROG SMK Skudai

Panduan Menyemak Jadual Waktu 2018
1. Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar (http://jea1006.1bestarinet.net), klik pada “Kurikulum > Jadual Waktu Kelas” pada paparan muka utama.
2. Kemudian klik pada butang “Jadual Waktu Fasa 1/2018” bagi sesi Pagi atau sesi Petang.

Pemberitahuan : Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2018

Hari Pendaftaran Tingkatan 1 Tahun 2018

Tarikh : 31 Disember 2017 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi – 12.00 tengah hari

Aturcara Hari Pendaftaran

7.30 – 7.50 pagi : Lapor diri di Dewan Terbuka PIBG
– Ibu bapa berkumpul di Dewan Terbuka PIBG
– Pelajar masuk ke bilik yang ditetapkan oleh AJK Pendaftaran

Aturcara Majlis Ceramah Keibubapaan

7.50 – 8.00 pagi : Bacaan doa
8.00 – 8.10 pagi : Ucapan Yang Di-Pertua PIBG, En. Samsuddin Bin Ahmad
8.10 – 8.25 pagi : Ucapan Pengetua SMK Skudai, En. Razali Bin Tamadi (PBS dan Sarana Sekolah)
8.25 – 8.45 pagi : Taklimat PK HEM, Pn. Narmawati Binti Jaafar (Pengurusan Murid)
8.45 – 10.15 pagi : Ceramah Keibubapaan oleh Dr. Adnan Bin Omar
10.15 – 12.00 tengah hari : Pendaftaran di Bilik Darjah (Penyemakan Dokumen Pendaftaran Tingkatan 1)

Pemberitahuan : Majlis Penyampaian Hadiah FrogPlay Championship 2017

Digital Backdrop Majlis Penyampaian Hadiah FrogPlay Championship 2017 SMK Skudai

Majlis Penutup Program Pengekodan 3-Hari (Mobile Apps Hackathon) & Majlis Penyampaian Hadiah FrogPlay Championship 2017
Tarikh : 4 Disember 2017 (Isnin)
Masa : 3.00 hingga 6.30 petang
Tempat : Dewan Terbuka PIBG, SMK Skudai
Anjuran : Frogasia Sdn. Bhd.

Tujuan majlis ini adalah untuk meraikan kejayaan SMK Skudai memenangi tempat ketiga dalam pertandingan peringkat Kebangsaan FrogPlay Championship 2017.