Month: October 2017

Selamat Datang ke SMK Skudai, Tuan Pengetua Baharu

Warga SMK Skudai ingin mengalu-alukan kedatangan Encik Razali Bin Tamadi sebagai Tuan Pengetua Baharu SMK Skudai. Tuan Pengetua telah bertugas mulai 15 Oktober 2017.

Pengetua Baharu SMK Skudai - En Razali Tamadi

Semoga kehadiran Tuan Pengetua ke sekolah kami dapat meneruskan lagi kecemerlangan sekolah ini.

Majlis Penyampaian Sijil Cemerlang Percubaan SPM 2017

Tarikh : 1 Oktober 2017 (Ahad)
Masa : 7.15 pagi
Tempat : Dewan Terbuka PIBG, SMK Skudai

Pelajar Straight A Percubaan SPM 2017
Pelajar Straight A Peperiksaan Percubaan SPM 2017

Seramai 7 orang pelajar dari Kumpulan Cemerlang SPM telah mencapai keputusan Straight A bagi Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2017. 19 orang near miss cemerlang manakala 8 orang calon Cemerlang menunjukkan peningkatan peratusan lebih 5 % berbanding Peperiksaan Pertengahan Tahun lalu. 

Bagi Kumpulan Harapan, seramai 17 orang pelajar telah mencapai peningkatan peratusan lebih 8%.

Carta Kedudukan Pelajar berdasarkan Bilangan A dan Peratus Keputusan Percubaan SPM 2017

[table id=83 /]

Tahniah diucapkan dan semoga dapat meneruskan kecemerlangan anda dalam Peperiksaan SPM 2017.

SMK Skudai muncul Naib Johan Kejohanan Badminton Warga Pendidik Piala PPD Johor Bahru 2017

Tahniah diucapkan kepada pasukan SMK Skudai di atas kejayaan muncul Naib Johan dalam Kejohanan Badminton Warga Pendidik Piala PPD Johor Bahru 2017.

Kejohanan Badminton Warga Pendidik Piala PPD Johor Bahru 2017

Perlawanan akhir telah berlangsung pada 4 Oktober 2017 (Rabu) bertempat di Daiman Sports Centre Sri Skudai, Taman Sri Skudai. Nasib tidak menyebelahi pasukan SMK Skudai apabila tewas kepada pasukan SMK Mutiara Rini 1 dengan keputusan 1 – 4. Namun begitu, semangat kesukanan yang telah ditunjukkan oleh para guru yang mewakili pasukan sekolah kita wajar dicontohi.
[table id=81 /]

Senarai Pemain

  1. En. Mohd Naim Haikal Bin Pauzi
  2. En. Wan Adha Bin Wan Hanaffee
  3. En. Ku Mohd Syaidy Bin Ku Yahya
  4. En. Muhamad Azfar Bin Haris
  5. En. Ahmad Zainal Bin Mohamad
  6. Pn. Asmah Binti Yunos
  7. En. Mohd Rosli Bin Che Hamid
  8. En. Saifulazri Bin Sahip
  9. En. Che Mohammad Hishamuddin Bin Che Seman
  10. Cik Arlina Binti Mohmad Ali
  11. Pn. Zawiah Binti Ghazali
  12. Pn. Zuraidah Binti Said