Day: September 30, 2016

Majlis Anugerah Program Imam Remaja Sekolah Menengah Peringkat Daerah 2016

Tarikh : 26 September 2016 (Isnin)
Masa : 12.00 tengahari – 5.00 petang
Tempat : Masjid Al-Jawaher, Mutiara Rini, Skudai

Program Imam Remaja Peringkat Daerah 2016

Saringan pertama Program Imam Remaja Sekolah Menengah Peringkat Daerah Johor Bahru 2016 telah diadakan pada 6 dan 7 September 2016, bertempat di Masjid Jamek Tan Sri Ainudin Wahid, Taman Universiti. Seramai empat orang pelajar SMK Skudai telah menyertai program tersebut, iaitu :

  1. Muhammad Syahmi Bin Zayanun 5TK1
  2. Aidil Asyraf Bin Julnizam 4SN1
  3. Muhammad Adham Bin Mohamad Apandi 1BST1
  4. Muhammad Irham Bin Wan Azelee 1BST2

Saudara Muhammad Syahmi dan saudara Aidil Asyraf telah memperoleh pangkat Mumtaz dan Maqbul dalam Majlis Anugerah Program Imam Remaja. Saudara Muhammad Syahmi akan mewakili daerah Johor Bahru ke peringkat negeri yang akan diadakan pada 3 hingga 5 Oktober bertempat di Masjid Sultan Ismail Lapangan Terbang Senai.

Program Imam Remaja Peringkat Daerah 2016

Program Imam Remaja Peringkat Daerah 2016

Tahniah kepada yang berjaya dan terima kasih kepada guru pembimbing, Ustazah Fazilah, Ustazah Rokiah dan Ustazah Noradila Maarof, di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberi. Semoga saudara Muhammad Syahmi akan memperoleh kejayaan di peringkat negeri. Sama-sama kita doakan.

Young Innovate Johor 2016 Competition

Tarikh : 24 September 2016 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Sultan Iskandar, UTM

Young Innovate Johor 2016 Competition

Sekolah kita telah menghantar 4 kumpulan (seramai 15 pelajar tingkatan 4) ke pertandingan Young Innovate Johor 2016 yang bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM pada 24 September 2016.

Senarai pelajar yang bertanding :

  1. Lee Sin Jye
  2. Ting Ngien Swee
  3. Kerrick Ang Ker
  4. Abishek Selvam a/l Aliyaselvam
  5. Yatindrar a/l Suresh
  6. Aidil Asyraf Bin Julnizam
  7. Ammar Hakim Bin Adnan
  8. Tew Yek Wang
  9. Ngo Yan Sen
  10. Chai Jin Lin
  11. Ng Jia Le
  12. Lua Wei Lun
  13. Yong Jun Jie
  14. Mohammad Adrian Bin Mohd Hasny
  15. Koh Kai Ni

Young Innovate Johor 2016 Competition

Lebih daripada 100 kumpulan dari sekolah-sekolah seluruh Johor telah membawa projek inovatif masing-masing ke pertandingan ini. Salah satu kumpulan kita hampir terpilih untuk mewakili Johor ke pertandingan peringkat kebangsaan (4 November 2016), namun nasib tidak menyebelahi pelajar kita.

Walaubagaimanapun, yang penting, pelajar dapat memperoleh pengalaman yang berharga daripada pertandingan ini. Terima kasih kepada guru pembimbing, Pn. Siti Rahmah, En. Mohd Aidid, Pn. Norly Sairah dan En. Yu Kok Hui, di atas bimbingan kepada pelajar.