Month: July 2016

Majlis Anugerah Kehadiran Penuh Fasa 2 (April – Jun 2016)

Tarikh : 17 Julai 2016 (Ahad) – Sesi Pagi, 24 Julai 2016 (Ahad) – Sesi Petang
Masa : 7.30 pagi (Sesi Pagi), 1.05 petang (Sesi Petang)
Tempat : Dewan Terbuka, SMK Skudai

Penyampaian Anugerah Kehadiran Penuh Fasa 2 2016

Analisis Peningkatan Kehadiran Murid Fasa 2 (April – Jun 2016)

A. Kelas hadir penuh tertinggi
Sesi Pagi
1. 4SN2 – 24 orang
2. 5SN1 – 22 orang
3. 4SN1 – 19 orang
4. 4SN3 – 19 orang

Sesi Petang
1. 1BST1 – 10 orang
2. 1SPE1 – 10 orang
3. 2PM1 – 8 orang
4. 2PM2 – 8 orang
5. 2SPE1 – 8 orang

B. Kelas yang mencapai purata ETR melebihi 95% (Kategori Primer)

Tingkatan 1 – 1BST1 (96.94%), 1PM1 (96.38%), 1SPE1 (96.06%), 1PM2 (95.59%)

Tingkatan 2 – 2PM1 (97.26%), 2PM2 (97.11%), 2PM4 (96.25%), 2PM3 (95.25%)

Tingkatan 3 – 3PM1 (98.67%), 3PM2 (97.24%), 3PM3 (96.69%), 3PM4 (96.26%), 3SPE1 (95.07%)

Tingkatan 4 – 4SN3 (98.24%), 4SN2 (97.99%), 4TK 1 (97.63%), 4SN1 (97.62%), 4 SP (96.63%)

Tingkatan 5 – 5SN1 (97.90%), 5SN3 (96.90%), 5SN2 (96.64%), 5TK1 (95.32%)

C. Kelas yang mencapai purata kehadiran 90 – 95% (Kategori Harapan)

  1. 3EK1 : 92.31%
  2. 4P1 : 91.41%
  3. 5P1 : 90.76%

Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.

Pemberitahuan : Majlis Perpisahan Guru Bertukar

Majlis Perpisahan Guru Bertukar

Satu majlis perpisahan akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 31 Julai 2016 (Ahad)

Masa : 7.30 pagi

Tempat : Dewan Terbuka PIBG, SMK Skudai

Guru/staf yang berpindah : En. Hazrul Nizzam Bin Mohamad, Pn. Premah a/p Ramasamy, Pn. Pua Lee Ting, Pn. Zehan Azura binti Ja’afar, Pn. Salbiah Bt Rafie dan Cik Niwashini Nambiar A/P Aravindan.

Pemberitahuan : Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah Tahun 2016

Jamuan Hari Raya SMK Skudai

Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah tahun 2016 akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 4 Ogos 2016 (Khamis)
Masa : 10.45 – 1.05 petang (Sesi pagi), 3.30 – 6.45 petang (Sesi petang)
Tempat : Dewan Terbuka, SMK Skudai

Tentatif Program Sambutan Hari Raya RIMUP SMK Skudai

10.45 – 11.15 pagi
Pelajar dan guru mengambil tempat di dewan
Ketibaan tetamu dan VIP
Marhaban

11.15 – 11.30 pagi
Ucapan pengetua
Ucapan YDP PIBG

11.30 – 12.45 tengah hari
Jamuan Raya

12.45 – 1.05 petang
Pengemasan Dewan

1.05 petang
Majlis bersurai

Etika Berpakaian Pelajar

Pelajar boleh memilih untuk memakai baju uniform sekolah atau pakaian yang berikut.

  • Lelaki (Islam) – Baju Melayu lengkap bersamping dan songkok
  • Perempuan (Islam) – Baju Kurung dan sopan bertudung
  • Lelaki (Bukan Islam) – Baju Kemeja dan slack
  • Perempuan (Bukan Islam) – Pakai pakaian yang sopan
  • Tidak dibenarkan : Kemeja-T, seluar jeans, selipar jepun

Sekian, harap maklum.

Nota : Oleh sebab pindaan tarikh yang baru (31 Julai 2016 kepada 4 Ogos 2016), maka persekolahan adalah seperti biasa pada 31 Julai 2016.

Kem Kepimpinan Pelajar Daerah JB – Saringan Akhir bagi Calon DSLB 2016

Tarikh : 19 hingga 21 Julai 2016 (Selasa hingga Khamis)
Tempat : Pusat Kokurikulum Kem Tasek Utara, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Kem Kepimpinan DSLB Saringan Akhir

Seramai 15 orang ahli Student Leader Board (SLB) SMK Skudai telah menyertai saringan akhir Kem Kepimpinan SLB Daerah Johor Bahru, untuk pemilihan ke peringkat negeri.

Pelajar terpilih DSLB

Dalam saringan akhir, seramai 6 orang ahli SLB sekolah kita telah berjaya dilantik sebagai DSLB (District Student Leader Board), di mana mereka akan mewakili Daerah Johor Bahru ke peringkat negeri untuk merebut jawatan JSLC (Johor Student Leader Council).

Pelajar dilantik sebagai DSLB

  1. Koh Jia Yee 4SN1
  2. Visvamalar a/p Vijayakumaran 4SN2
  3. Thillaiventhan a/l Poovathy 3PM2
  4. Shujitha Surash 3PM3
  5. Saumya a/p Kumar 3PM4
  6. Goh See Min 3PM3

Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru penasihat SLB Pn Noriza dan Pn Sasikala di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi.

Semoga pelajar kita berjaya dalam pemilihan JSLC!

Pertandingan Site Kelas Terbaik VLE FROG

Unit ICT SMK Skudai dengan kerjasama Kelab Komputer SMK Skudai dengan sukacitanya melancarkan Pertandingan Site (Laman) Kelas Terbaik VLE FROG.

Pertandingan Site Kelas Terbaik

Tempoh Pertandingan : 21 Julai hingga 20 Ogos 2016

Di akhir pertandingan, site kelas terbaik dari setiap tingkatan (1 hingga 5) akan dipilih sebagai pemenang.

Diharapkan guru tingkatan dan pelajar yang terlibat (ketua tingkatan, penolong ketua tingkatan dan setiausaha) dapat menceriakan site kelas masing-masing, di samping memasukkan maklumat-maklumat dan gambar-gambar kelas yang berkaitan.

Pemberitahuan : Tarikh-tarikh Penting Aktiviti Sukan – Julai & Ogos 2016

Aktiviti Sukan 2016
Berikut merupakan tarikh-tarikh penting aktiviti sukan :

1. Latihan Rumah Sukan

Tarikh : 18 Julai 2016 (Isnin) – Neptune dan Bumi, 19 Julai 2016 (Selasa) – Zuhal dan Marikh

Masa : 8.00 – 9.30 pagi (Sesi Petang), 3.00 – 5.00 petang (Sesi Pagi)

2. Sukantara

Tarikh : 27 Julai 2016 (Rabu) – Neptune dan Bumi, 28 Julai 2016 (Khamis) – Zuhal dan Marikh

Masa : 8.00 – 9.30 pagi (Sesi Petang), 3.00 – 5.00 petang (Sesi Pagi)

Acara : 100m , Lontar Peluru

3. Acara Sebelum Sukan

Tarikh : 1 & 2 Ogos 2016 (Isnin dan Selasa)

Masa : 8.00 pagi (Sesi Petang), 3.30 petang (Sesi Pagi)

4. Raptai Hari Sukan

Tarikh : 3 Ogos 2016 (Rabu)

Masa : 7.45 pagi

5. Hari Sukan

Tarikh : 7 Ogos 2016 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi

*Pelajar/peserta dikehendaki untuk memakai pakaian rumah sukan masing-masing.

Pertandingan Catur L/P15 dan L/P18 Tahun MSSD Johor Bahru 2016

Tarikh : 13 – 14 Julai 2016 (Rabu dan Khamis)
Masa : 7.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : SMK Taman Damansara Aliff, Johor Bahru

Pertandingan Catur MSSD Johor Bahru 2016

Pencapaian :

  1. P15 Individu Tempat ke-7 – Tan Yi Yun
  2. P15 Individu Tempat ke-10 – Leong Jasmine
  3. P15 Berpasukan Tempat Pertama
  4. P18 Individu Tempat ke -6 – Ng Man Le
  5. L18 Berpasukan Tempat Ketiga

Pertandingan Catur MSSD Johor Bahru 2016

Sekalung tahniah diucapkan kepada para peserta dan guru pembimbing!

Kem Kepimpinan District Student Leader Board Johor Bahru 2016

Tarikh : 12 & 13 Julai 2016 (Selasa dan Rabu)
Tempat : Pusat Kokurikulum Kem Tasek Utara, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Kem Kepimpinan DSLB Daerah Johor Bahru 2016

Seramai 19 orang ahli Student Leader Board (SLB) SMK Skudai, diiringi oleh Cik Chu Siew Fong (Kaunselor), telah menyertai Kem Kepimpinan SLB Daerah Johor Bahru.

15 daripada mereka telah dipilih ke saringan akhir DSLB . Mereka akan menghadiri kursus pada 19 hingga 21 Julai untuk pemilihan ke peringkat negeri. Tahniah diucapkan kepada guru penasihat SLB Pn Noriza dan Pn Sasikala di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi.

Semoga pelajar kita berjaya dalam pemilihan ke peringkat negeri!