Month: May 2016

Selamat Bercuti kepada semua Warga SMK Skudai!

Selamat Bercuti

Cuti Pertengahan Tahun 2016 telah bermula pada hari ini (27 Mei 2016) hingga 11 Jun 2016. Sekolah akan dibuka semula pada 12 Jun 2016 (Ahad).

Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan masa cuti selama dua minggu ini dengan membuat ulangkaji pelajaran dan menyiapkan latihan masa cuti yang diberi oleh guru (Sila rujuk panduan di bawah). Ibubapa dan penjaga pula diharapkan dapat meluangkan lebih masa dengan anak-anak.

*Panduan mendapatkan Latihan Masa Cuti di 1Bestarinet VLE FROG SMK Skudai (http://jea1006.1bestarinet.net/)

Panduan Muat Turun Latihan Masa Cuti

  1. Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar, sila tekan butang yang ketiga pada dashboard switcher untuk mendapat paparan site Latihan Masa Cuti.
  2. Pilih Tingkatan anda.
  3. Muat turun latihan bagi setiap mata pelajaran dengan menekan pada setiap nama fail.
  4. Pelajar perlu mencetak latihan masa cuti dan menjawab semua soalan yang diberi.

Semoga pelajar sentiasa sihat dan selamat sepanjang cuti sekolah ini.

Pemberitahuan : Jadual Waktu PdP Bulan Ramadhan Tahun 2016

Kepada Ibu Bapa / Penjaga Murid,

Dengan sukacita dimaklumkan bahawa bulan Ramadhan akan bermula pada 6 Jun 2016 hingga 5 Julai 2016.

Sehubungan dengan itu, masa pembelajaran akan diubah sepanjang bulan tersebut. Bersama-sama ini disertakan jadual sesi persekolahan untuk rujukan.

Jadual PdP Bulan Ramadhan 2016

Jadual sesi persekolahan akan diadakan seperti biasa apabila berakhirnya bulan Ramadhan.

Sehubungan itu, pihak kami ingin memaklumkan tuan/puan agar dapat menguruskan pengangkutan anak tuan/puan untuk pergi dan balik sekolah sepanjang bulan Ramadhan. Sekian, terima kasih.

Majlis Sambutan Hari Guru 2016 Peringkat Sekolah

Tarikh : 16 Mei 2016 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi – 2.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka, SMK Skudai
Tema Hari Guru 2016 : “Guru Pembina Negara Bangsa”
Tema Pakaian : “Back to School”

Hari Guru 2016 - Gambar Berkumpulan

Aturcara Majlis
7.30 pagi : Acara Rasmi
8.30 pagi : Sukaneka
10.00 – 10.30 pagi : Rehat
10.30 pagi : Persembahan Guru & Pelajar, Penyampaian Anugerah
1.00 petang : Pelajar Bersurai / Keluar Dewan
1.00 – 2.00 petang : Jamuan Guru

Senarai Penerima Anugerah Guru Penyayang 2016

  1. Pn. Rashidah Bt Md Rasip
  2. Pn. Siti Zahaidah Bt Limat
  3. Pn. Noor Faezah Bt Zainuddin
  4. Pn. Nor Asikin Bt Abdullah
  5. Cik Siti Fatimah Bt Mohamed
  6. Pn. Siti Fauziyani Bt Md Saleh @ Masrom
  7. Pn. Wong Mei Fong
  8. Pn. Suzamainie Bt Shood
  9. En. Mohd Rafie Bin Sanan
  10. Pn. Low Ai Non
  11. En. Poovathy A/L Kuppusamy
  12. En. Mohd Naim Haikal Bin Fauzi
  13. En. Yu Kok Hui
  14. Cik Niwashini Nambiar A/P Aravindan
  15. Pn. Lim Yen Wei
  16. Pn. Subahshini Devi A/P Sanmugam
  17. Pn. Kiu Ling Feng
  18. Pn. Koh Lee Har
  19. Pn. Siti Aida Fariza Bt Muhamad
  20. Pn. Lim Siew Lee

Senarai Penerima Anugerah Guru Tingkatan Dedikasi 

  1. Pn. Siti Aida Fariza Bt Muhamad (1PM1)
  2. Pn. Heng Yoke Leng (3SPE1)
  3. Pn. Salbiah Binti Rafie (4SN2)
  4. En. Mohamad Zanisahli Azizi Bin Md Khalid (5TK1)
  5. Pn. Nor Syadila Bt Mahidzir (Pra-U A UM)

Senarai Penerima Anugerah Khas Guru

[table id=38 /]

Koleksi Video

Montaj Video Ucapan Hari Guru 2016

Montaj Persembahan Teater Guru – Puteri Gunung Ledang

Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.

Pemberitahuan : Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Tahun 2016

Sambutan Hari Guru 2016

Tarikh : 16 Mei 2016 (Isnin)
Masa : 7.30 – 1.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka PIBG, SMK Skudai
Tema : “Back to School”

Semua pelajar tingkatan 1 hingga 5 dikehendaki untuk memakai baju kokurikulum semasa sambutan Hari Guru dan hadir ke sekolah sebelum atau pada 7.15 pagi.
Sekian, harap maklum.

Pemberitahuan : Penangguhan Perjumpaan Kokurikulum

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa perjumpaan Kokurikulum ditangguhkan bermula minggu ini sehingga cuti pertengahan tahun kerana Peperiksaan Pertengahan Tahun.

Perjumpaan Kokurikulum akan berjalan seperti biasa selepas tamat cuti pertengahan tahun. Sekian, harap maklum.