Day: April 26, 2016

Pencalonan Guru Penyayang SMK Skudai Tahun 2016

Pencalonan Guru Penyayang SMK Skudai sempena Sambutan Hari Guru Tahun 2016 kini dibuka kepada semua pelajar SMK Skudai. Pencalonan boleh dibuat secara atas talian di laman VLE FROG SMK Skudai (http://jea1006.1bestarinet.net).

Ikuti langkah-langkah berikut.

Dashboard Sekolah - Pencalonan Guru Penyayang 2016

  1. Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar, sila tekan butang yang ketiga pada dashboard switcher untuk mendapat paparan Dashboard sekolah.
  2. Klik pada pautan “Pencalonan Guru Penyayang 2016”.

Anda akan mendapat paparan borang pencalonan, seperti di bawah.

Pencalonan Guru Penyayang SMK Skudai 2016

Calonkan tiga nama guru penyayang dan hantar pencalonan anda. Tarikh tutup pencalonan adalah pada 9 Mei 2016. 10 pemenang guru penyayang akan diumumkan pada Majlis Sambutan Hari Guru (16 Mei 2016).

Pada masa yang sama, pelajar juga boleh menyertai Peraduan The Report Card of Happiness, dari INTI University and Colleges.

Karnival Bahasa Tamil Peringkat Negeri Tahun 2016

Tarikh : 22 hingga 23 April 2016
Tempat : SMK Senai

Karnival Bahasa Tamil Negeri 2016

Peserta SMK Skudai, Rishatani a/p Gunasegaran dari kelas 5SN1, telah muncul Johan dalam Pertandingan Kuiz Tatabahasa, dalam Karnival Bahasa Tamil peringkat Negeri Tahun 2016.

Karnival Bahasa Tamil Negeri 2016
En. Poovathy menyerahkan Piala Iringan kepada Tuan Pengetua, Pn. Zuraidah Bt Said

Kejohanan Olahraga MSSJ Tahun 2016

Tarikh : 13 hingga 16 April 2016
Tempat : Stadium Muar

Kejohanan Olahraga MSSJ 2016
Peserta SMK Skudai, Visaagan a/l Krishnan dari kelas 4P1 telah memperoleh tempat ke-4 (Gangsa) dalam acara 3000m lari berhalangan, dalam kejohanan Olahraga MSSJ 2016. Tahniah diucapkan.

Majlis Sambutan Hari Lahir Warga Sekolah bagi April 2016

Tarikh : 24 April 2016 (Ahad)
Masa : 1.20 petang

Sambutan Hari Lahir April 2016

Senarai nama guru-guru yang menyambut Hari Lahir pada bulan April.

  1. Pn. Farawahida Bt. Abd Hamid (4 April)
  2. Pn. Hasniti Irwa Bt. Muhamad (17 April)
  3. En. Poovathy a/l R. Kuppusamy (19 April)
  4. Pn. Rasyidah Bt Mat Nawi (19 April)
  5. Pn. Suzamainie Bt Shood (21 April)
  6. Pn. Lim Siew Lee (23 April)
  7. Cik Lucy Loh Ching Sieng (23 April)
  8. Pn. Siti Aida Fariza Bt. Muhamad (27 April)
  9. En. Mohammad Rafie Bin Sanan (30 April)

Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.