Day: April 24, 2016

Karnival Bahasa Cina Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2016

Tarikh : 23 April 2016 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi – 3.00 petang
Tempat : SMK Taman Bukit Indah, Johor Bahru

Karnival Bahasa Cina JB 2016

Pencapaian :

  1. Johan Pidato Menengah Atas
  2. Saguhati Pidato Menengah Rendah
  3. Naib Johan Kaligrafi Menengah Atas
  4. Naib Johan & tempat ke-4 Kaligrafi Menengah Rendah
  5. Naib Johan Deklamasi Sajak Menengah Atas
  6. Saguhati Deklamasi Sajak Menengah Rendah

Sekalung tahniah diucapkan kepada para peserta dan guru pembimbing!

Pertandingan Bicara Berirama Sekolah Menengah Peringkat Daerah Johor Bahru 2016

Tarikh : 23 April 2016 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : SMK Sultanah Engku Tun Aminah

Pasukan Bicara Berirama SMK Skudai telah muncul JOHAN dalam Pertandingan Bicara Berirama Sekolah Menengah peringkat daerah Johor Bahru 2016! Sekalung tahniah diucapkan kepada para peserta dan guru pembimbing!

Pertandingan Bicara Berirama 2016

Pasukan Bicara Berirama di bawah bimbingan Cikgu Siti Aida Fariza Bt Muhamad dan Cikgu Hjh. Jamaliah Bt Abd. Aziz, dianggotai oleh 30 orang pelajar dari Tingkatan 3.

Semoga kejayaan ini dapat menyuntik semangat warga SMK Skudai untuk mencipta lebih banyak kejayaan! Skudai Boleh!