Day: February 22, 2016

Kejohanan Ping Pong MSSJ Tahun 2016

Kejohanan Ping Pong MSSJ telah diadakan pada 18 hingga 20 Februari 2016 di SJKC Pei Chun 1 & 2, Pontian. Peserta SMK Skudai, Leong Jasmine dari kelas 2PM1, telah memenangi tempat ketiga bagi kategori bergu P18.

Ping Pong MSSJ Tempat ketiga Beregu

Tahniah diucapkan dan semoga kejayaan Leong Jasmine menjadi pembakar semangat bagi semua warga sekolah untuk berjaya dalam bidang sukan.

Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1437H

Tarikh : 4 Februari 2016 (Khamis)
Masa : 6.00 – 9.45 malam
Tempat : Dewan Terbuka PIBG, SMK Skudai
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam SMK Skudai
Aktiviti: Bacaan tahlil, Jamuan makan, Qasidah, Forum, Solat Maghrib dan Isyak berjamaah.

Ahli Panel Forum
1. Ustaz Hambali bin Abd Rahman
Imam Besar Masjid Bandar Baru Uda

2. Ustaz Rifqi Myiddin
Guru Cemerlang Pendidikan Islam
SMK Taman Universiti

Secara keseluruhannya program ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana telah dirancang.

Sambutan Maulidur Rasul 1437H

Kekuatan program:
1. Tentatif program telah dapat dipatuhi dengan sebaiknya samada oleh guru mahupun pelajar serta pihak yang berkaitan dengan program ini seperti penceramah jemputan.

2. Keadaan tetamu terkawal.

3. Keadaan cuaca yang baik juga memastikan program ini dapat berjalan lancar.

4. Kerjasama dari guru-guru serta pelajar dalam menjayakan majlis.

Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.