Month: May 2015

Sekitar Majlis Sambutan Hari Guru 2015 Peringkat Sekolah

Hari Guru 2015 Berkumpulan-edited-resized

Tarikh : 17 Mei 2015 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka, SMK Skudai
Tema Hari Guru 2015 : “Guru : Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak”

Aturcara Majlis

7.20 pagi – Perarakan Hari Guru
7.45 pagi – Acara Rasmi
8.45 pagi – Persembahan Guru & Pelajar
10.00 pagi – Rehat
10.30 pagi – Sukaneka
1.00 petang – Jamuan Guru
1.40 petang – Bersurai

Lagi gambar di Facebook rasmi SMK Skudai.

Selamat Bercuti kepada semua warga SMK Skudai

cuti_sekolah

Cuti Pertengahan Tahun 2015 telah bermula pada hari ini (29 Mei 2015) hingga 13 Jun 2015. Sekolah akan dibuka semula pada 14 Jun 2015 (Ahad).

Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan masa cuti selama dua minggu ini dengan membuat ulangkaji pelajaran dan menyiapkan latihan cuti yang diberi oleh guru. Ibubapa dan penjaga pula diharapkan dapat meluangkan lebih masa dengan anak-anak. Semoga pelajar sentiasa sihat dan selamat sepanjang cuti sekolah ini.

Pemberitahuan : Majlis Persaraan 28 Mei 2015

Majlis Persaraan Perdana - resized

Tarikh : 28 Mei 2015 (Khamis)
Masa : 12.00 – 1.30 petang
Tempat : Dewan Terbuka SMK Skudai
Guru yang diraikan :
Pn. Noraini bt Md. Yusuf (PK Petang)
Pn. Wan Halimah bt Wan Mahmud (Pembantu PK Petang)
Pn. Yan Sau Chun
Pn. Hjh. Arbaiyah bt Junit
Tn. Hj. Taib bin Ibrahim

Kejohanan Balapan dan Padang MSSM ke-57, Melaka 2015

Visaagan a/ Krishnan dari tingkatan 3EK1 telah meraih 2 pingat dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSM ke-57 yang berlangsung pada 8-12 Mei 2015 di Melaka.

Visaagan MSSM Olahraga 2015

Pencapaian :
1500m (ke-3 gangsa)
2000m Lari berhalangan (ke-5 gangsa)

Tahniah kepada Visaagan di atas kejayaan. Semoga SMK Skudai terus cemerlang dalam bidang sukan.

Dewan Terbuka SMK Skudai

Projek Pembinaan Dewan Terbuka telah bermula pada bulan Disember 2014 dan sekarang dewan ini telah siap sepenuhnya pada awal bulan Mei. Dewan ini mempunyai keluasan 100 x 100 kaki dan boleh menampung hampir 1300 orang pelajar.

Dewan ini digunakan sebagai tempat untuk perhimpunan harian bagi pelajar sesi pagi dan sesi petang. Selain dari itu, ia boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti kokurikulum yang lain seperti kawat kaki, tempat membuat persembahan pelajar, sambutan untuk program peringkat sekolah, malah dapat digunakan sebagai tapak aktiviti perkhemahan. Pendek kata, ia dapat digunakan untuk sebarang aktiviti di luar bilik darjah.

Dewan Terbuka SMK Skudai
Dewan Terbuka SMK Skudai telah digunakan secara rasminya pada 10 Mei 2015

Walaubagaimanapun, dewan ini masih belum lengkap dengan kemudahan lampu, kipas dan pembesar suara. Justeru itu, kita masih memerlukan sumbangan untuk tujuan tersebut.

Apapun, bagi pihak ahli jawatankuasa PIBG, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibubapa dan para dermawan yang memberi sumbangan untuk menjayakan pembinaan dewan terbuka ini. Semoga apa yang kita rencanakan mendapat keberkatan Allah swt. Apa yang kita sumbangkan hari ini telah memberi kebaikan kepada anak-anak kita pada hari esoknya. Terima kasih semua.

Sekian.

MARZUKI B. IDRIS
Setiausaha
PIBG
SMK Skudai

Selamat Hari Guru 2015

Selamat Hari Guru 2015

Selamat Hari Guru 2015 diucapkan kepada semua warga pendidik SMK Skudai.

Tema Hari Guru 2015 ialah GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK.

1. DEFINISI

1.1 GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.

1.2 MEMBINA ILMU: Individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu muridi/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitIf).

1.3 MENYEMPURNAKAN: Menjadikan sempurna atau lengkap. Warga pendidik berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

1.4 AKHLAK: Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan.

2. HURAIAN

2.1 Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga Pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.

2.2 Peranan guru tidak hanya terbatas kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan murid serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.

2.3 Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013-2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru, guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.

Kejohanan Bola Jaring Sempena Hari Guru 2015 Peringkat PPD Johor Bahru

Bola Jaring Hari Guru 2015 PPD

Tarikh : 11 – 12 Mei 2015
Masa : 2.30 – 6.00 petang
Tempat : SMK Sri Tebrau, Johor Bahru
Pencapaian : Tempat ke-4

Tahniah kepada guru-guru perempuan SMK Skudai yang telah menyertai Kejohanan Bola Jaring anjuran PPD Johor Bahru dan telah berjaya meraih tempat ke-4.

Jurulatih : Pn. Hasniti Irwa binti Muhamad
Pengurus : Cik Tengku Anna Salwa binti Tengku Adnan
Pen pengurus : Pn. Norlaila binti Md Bahari

Pemain
1. Pn. Asmah binti Yunos – GS
2. Pn. Juliana binti Salamat – GA
3. Pn. Nora Akma binti Ahmad – GD
4. Pn. Annie Suziana binti Kamarudin – GK
5. Cik Siti Fatimah binti Mohamed – WD
6. Pn. Salbiah binti Rafie – C
7. Cik S. Dhanavathy a/p Selvarajah – WA
8. Pn. Zuhaila binti Saleh – C/WA
9. Cik Normila binti Tukiman – C/WA
10. Pn. Suzana binti Busu – WA/WD
11. Pn. Sharmizal Suhaidal Ahmad Basharuddin – WA/WD
12. Pn. Salini binti Othman – GD/GK