Satu pameran kerjaya telah diadakan pada 27/4/2015 (Isnin) di Blok A SMK Skudai. Melalui pameran ini, pelajar mendapat banyak informasi melanjutkan pelajaran dan kursus -kursus yang popular di pasaran.
Month: April 2015
Hari Bincang Anak Kita Tingkatan 5
Hari Bincang Anak Kita Ting 5 ( Kumpulan Dedikasi ) telah diadakan pada 26/4/2015, iaitu pada hari Ahad yang lepas.
Tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir untuk perbincangan bersama . Ibu bapa telah diberi penjelasan tentang pencapaian anak dan sasaran SPM SMK Skudai bersama PK Pentadbiran En Mustafa Kamal bin MD Yusof di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina . Ibu bapa juga diberi petua untuk membantu anak -anak menetapkan matlamat kerjaya dan belajar bersungguh-sungguh.
Semoga pihak ibu bapa dan sekolah dapat berganding bahu untuk membantu pelajar-pelajar SMK Skudai memperolehi keputusan yang cemerlang untuk SPM tahun ini.
Keputusan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-28 tahun 2015
Tarikh : 16 April 2015
Masa : 7.15 – 1.00 tengahari
Tempat : Padang SMK Skudai
Keputusan Kejohanan :
Olahragawan Sekolah : Wong Jin Sheng (Neptune)
Olahragawati Sekolah : Elisraffira Anak Ismail (Zuhal)
Olahragawan Harapan : Visagan a/l Krishnan (Bumi)
Olahragawati Harapan : Sathiyamalar a/p Paramasivan (Zuhal)

Perbarisan Unit Beruniform Sekolah : Briged Putera
Perbarisan Rumah Sukan Terbaik : Marikh
Khemah Terbaik : Marikh
Johan Rumah Keseluruhan : Neptune
Pungutan Pingat
Emas | Perak | Gangsa | |
---|---|---|---|
Neptune | 24 | 24 | 23 |
Marikh | 21 | 19 | 22 |
Zuhal | 18 | 16 | 13 |
Bumi | 15 | 20 | 21 |
Lagi gambar di Facebook rasmi SMK Skudai.
Karnival Bahasa Tamil Peringkat Negeri Johor
Tarikh : 24 dan 25 April 2015
Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : SMK Bukit Pasir, Muar
Pelajar 2PM1, Thillaiventhan a/l Poovathy telah muncul naib johan dalam Pertandingan Thirumurai. Tahniah di atas kejayaan.
Namun, pasukan bahas SMK Skudai yang mewakili daerah JB setelah muncul johan dalam Karnival Bahasa Tamil peringkat daerah tempoh hari, tidak berjaya melepasi pusingan awal. Walaubagaimanapun, tahniah kerana telah berusaha memberikan persembahan yang terbaik.
Pertandingan Suara Emas peringkat Daerah Johor Bahru, SMK Skudai Naib Johan
Tarikh: 25 April 2015
Tempat: Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas
Muhammad Alif Hakimi Hamidon dari tingkatan 5 Sains 1 telah mendapat naib johan dalam Pertandingan Suara Emas peringkat daerah Johor Bahru. Tahniah di atas kejayaan.
3 Pelajar SMK Skudai mewakili Johor Bahru dalam Kejohanan Bola Baling MSSJ
3 pelajar SMK Skudai terlibat dengan Kejohanan Bola Baling MSSJ di Pengerang, Johor mewakili daerah Johor Bahru dan telah meraih tempat naib johan kategori L18.
Tarikh : 23 – 25 April 2015
Tempat : Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara, Desaru
1. Mohamad Lukman Hakimi bin Noor Azizan – 5SN3
2. Nor Afiq bin Nor Azri – 5EA2
3. Muhammad Eiman Hakim bin Razali – 4EA1
Program SIC Plus anjuran PPD JB
Tarikh : 13 April 2015
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Ar Razi, SMK Skudai
Lagi gambar di Facebook rasmi SMK Skudai.
Sekitar Pelancaran Minggu Bahasa 2015
Tarikh : 12 April 2015
Masa : 7.20 pagi – 8.05 pagi
Tempat : Gelanggang Bola Keranjang
Lagi gambar di Facebook rasmi SMK Skudai.
Pasukan Bahas Bahasa Tamil SMK Skudai JOHAN daerah JB dalam Karnival Bahasa Tamil 2015
Pasukan Bahas Bahasa Tamil SMK Skudai telah menjadi Johan Daerah JB dalam Karnival Bahasa Tamil 2015 yang telah berlangsung di SMK Sri Rahmat pada 11 April yang lepas. Pavithra/p Ravi (5SN1) telah dipilih sebagai pembahas terbaik. Tahniah!
Pasukan Skudai mendapat tempat ketiga keseluruhan peringkat Daerah bagi Karnival kali ini.
SMK Sekolah merangkul tempat ke-3 dalam Pertandingan Kawad Kaki KRS Kategori Putera Peringkat JB
Kadet Remaja Sekolah SMK Skudai telah berjaya merangkul tempat ke-3 dalam Pertandingan Kawad Kaki KRS Kategori Putera Peringkat Daerah Johor Bahru yang berlangsung pada 15 April 2015 di SMK Impian Emas, JB.
Tahniah diucapkan kepada para peserta kawad dan guru-guru penasihat KRS. Semoga SMK Skudai terus menempa kejayaan.